Sunday, March 6, 2016

Housewarming Regale

Assalamualaikum
Alhamdulillah semalam , housewarming party kami berjalan lancar. Start from 6-9pm. Kitorang start masak lam pukul 1 lebih. Menu kami ialah Makaroni Bakar dan Bubur Lambuk. Air biasa je air Ribena. Ramai jugak yg dtg semalam dan alhamdulillah makanan semua cukup. 

Mmg epic betul la masa masak semalam. Haha Sebab tu first time kitorang masak proper dkt dapur sbb rumah baru kan, so x slalu lg ke dapur. Fridge pon bru dpt so bru la kitorang boleh shopping groceries-barang basah semua. That morning, Syira and Jihan went to Sydney road by tram-bought meat and chicken + other groceries, then singgah Baitul Huda(BH) amik periuk dan seangkatan dgnnya. Me and Erina we just stayed at home-kemas2 rumah dan rebus makaroni.

Lepas je diorang balik. Terus kitorang masak. First,  masak yg Jihan punya-BUBUR LAMBUK. Sebelum diorang balik , Jihan call suruh aku masakkan bubur sbb balik nnti senang Jihan just kena tumis bahan tp masa tu aku mandi so Ery la yg masakkan. And turn out, banyakkk sangat yg Ery masak so Jihan terpaksa asingkan ke tepi. Then dah siap yg Jihan. Kami masak pulak makaroni-aku la Ketua..haha BAJET lakk..hihi Disebabkan x cukup loyang so kami buat separuh goreng dan separuh lagi bakar. Mmg nk dekat pukul 6 baru siap semua.

First yg dtg grup Kak Yam dan yg seusrah dgnnya..haha 2/3 of BH + Mami (housemate K'Aimi) then kawan syira ade dtg-Fatin + Housemates, syar-a and her housemates, Kak Aimi Hassin and her housemates, Kak Afiqah, Kak Dayah + K'Mus & the other suku of BH, Kak Baz, Kak Intan, Kak Fiza , Farhana, Nazeera and Arni and the gang. Alhamdulillah dan terima kasih bnyk kpda yg dtg,

Majlis start dgn bacaan Yassin diketuai oleh akak kiut BH, Kak Maryam then bacaan doa by Kak Fareha. And then MAKAN. Mmg agak bising dan riuh sekali. Tapi best sbb dpt jamu ramai org. Hihi Makanan sedap x sedap belakang kira okay. Hopefully dpt la jumpe diorang lagi.

Masa akak2 BH nak balik, rasa sedih sngt. Kalau boleh x nak kasi diorang balik @ kitorang yg pi duk BH balik..hihi Tapi tu la.. xleh nak clinging dah..kena be independent, bak kata kak Khadijah dah Matured duk umah sendiri.. haha ntah lorr matured ke tak kita ni? persoalan yg belum ada jawapan ..




Saje nk petik caption Kak dayah from Insta (petikan dari surah Al-Anfal)

"Dan (Dia lah) yg menyatu-padukan di antara hati mereka ( yg beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yg ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (8.63)

Our simple notes to BH


No comments:

Post a Comment